Tuesday, November 1, 2011

Lawatan ke Pustaka Miri (Rosli Dhoby)

Hari ini saya pergi ke Pustaka Miri bagi pameran 'Rosli Dhoby'. Saya berasa terkejut n suprise apabila saya berjumpa dengan sepupu Rosli Dhoby,Encik  Lucas. Pada mulanya, pihak pustaka menayangkan kpd kami dokumentari khas iaitu bertajuk "Suatu Ketika: Rosli Dhoby". Bagi sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Rosli Dhoby, anda boleh menonton cerita tersebut yg selalu ditayangkan di Astro.
    Saya menulis cerita ini hanya untuk menyimpan kenangan semasa lawatan serta memperbetulkan
 cerita2 yg ditulis dalam blog lain.




Rosli Dhoby dilahirkan pada tahun 1932. Beliau merupakan anak Melayu tulen. Bapanya memberi didikan agama sejak beliau masih kecil lagi. Beliau seorang peramah dan menghormati orang yang lebih tua. Beliau hanyalah seorang remaja yang biasa.

      Beliau berkawan dengan pelajar cina. Pada suatu hari, murid cina ditanya soalan oleh gurunya di dalam sekolah. Tetapi pelajar cina tersebut tidak tahu menjawab soalan tersebut. Tiba2 Rosli Dhoby yg berada di luar sekolah menjawab soalan tersebut dengan betul. (betapa pandainya beliau).

     Semasa penjajahan Jepun berakhir, Sarawak diserahkan kembali kepada pemerintahan Brooke. Tetapi pemerintah Brooke tidak mampu membaikpulih dan memajukan Sarawak selepas kemusnahan yg dialami oleh Sarawak. Sarawak telah diserahkan kepada British tanpa persetujuan rakyat Sarawak.

     Rukun ke-13 telah ditubuhkan bagi memerdekakan Sarawak. Persatuan ini sulit dan tidak diketahui oleh sesiapa. Persatuan ini dianggotai 13 orang. Rukun ke-13 bermaksud rukun sembahyang dalam Islam. Mereka merancang ingin melakukan pembunuhan terhadap Sir Duncan Steward, Gabenor British yg kedua. Tetapi, mereka tidak mempunyai keberanian untuk melakukan pembunuhan tersebut.

     Mereka telah bercadang untuk memilih Rosli Dhoby kerana beliau merupakan seorang MUNGKIN tidak disyaki untuk membunuh. Pada waktu tersebut, Rosli Dhoby masih muda dan jika beliau dituduh membunuh beliau tidak akan dihukum mati. Salah seorang ahli drpd persatuan tersebut berjumpa dgn beliau (tonton dokumentari khas rosli dhoby). Pada mulanya, Rosli Dhoby tidak bersetuju dgn cdgn yang diberikan. Ahli tersebut kerap kali berjumpa dgn Rosli Dhoby dan memujuk serta memberi inspirasi kepada Rosli Dhoby bagi melakukan pembunuhan tersebut. Akhirnya, beliau brsetuju kerana semangat ingin memperjuangkan tanah air tercinta.

IMG_3163
     Rosli Dhoby menyukai seorang wanita bernama Ani bt Ali. Ani juga jatuh cinta kpd Rosli Dhoby. Mereka sering membalas surat dan jelingan. Lucas mengatakan bahawa Ani merupakan wanita yg cantik semasa dia masih muda. Tetapi, Ani tidak menyimpan surat cinta tersebut malah gambarnya smasa muda kerana takut polis mengeledah rumahnya dan menangkapnya sekiranya dia terlibat. Mereka saling membalas surat secara diam-diam, takut diketahui dan dimarahi oleh ibu bapa. Wanita yg dicintai oleh Rosli Dhoby sehingga kini masih belum berkahwin. Dia setia dan kasih terhadap Rosli Dhoby. Ani muda 3-4 tahun dari Rosli Dhoby. Sewaktu Rosli Dhoby dihukum mati, kemungkinan Ani berumur 15 tahun.

     Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart di Sibu pada 3 Disember 1949. Sehingga kini ramai orang yg keliru sama ada pembunuh yg sebenar ialah Rosli Dhoby ATAU Morshidi. Alat untuk membunuh juga menjadi misteri. Pihak mahkamah menjumpai alat tajam yang mengandungi racun mempunyai cap jari pegawai polis Sikh. Bukan cap jari Rosli Dhoby.Apa sebenarnya yang berlaku?

     Sir Duncan Steward dihantar ke hospital Sibu bagi rawatan. Tetapi, Gabenor tersebut perlu dihantar ke Kuching bagi rawatan lanjut. Keadaannya semakin tidak stabil dan dia dihantar ke Singapura bagi pembedahan kedua. Ahli keluarga Rosli Dhoby lebih mengetahui apa sebenarnya berlaku tetapi banyak pihak telah membuat definisi sendiri. Sesetengah sejarah Rosli Dhoby merupakan tidak benar . Lucas menceritakan baju yang digunakan oleh Rosli Dhoby sewaktu pembunuhan dihantar kembali kepada keluarga Rosli Dhoby. Baju yg dilumuri darah itu dibasuh dan disimpan hingga ke hari ini. Beliau berkata semasa tragedi tersebut, Rosli Dhoby melipat baju nya hingga ke siku. Baju tersebut merupakan kain yg keras. Baju yg berada di dalam yang berwarna putih penuh dengan kalimah Allah dan tulisan Jawi.

     Semasa pebicaraan, Rosli Dhoby tidak mengakui kesalahannya. Semua Ahli persatuan tersebut ditangkap dan dibicarakan. Pihak polis telah dihantar ke rumah ibu Rosli Dhoby bagi mengugut ibunya untuk memujuk Rosli Dhoby supaya mengaku kesalahannya. Jika tidak ibunya akan ditembak.

     Rosli Dhoby merupakan seorang yg taat pada kedua-dua ibu bapanya. Dia akur dengan permintaan ibunya. Selepas itu, beliau mengaku bersalah membunuh Sir Duncan Steward. Sebenarnya umur beliau ialah 17 tahun. Beliau tidak boleh dihukum mati kerana ini merupakan kes juvana. Tetapi, pihak British menuduh beliau berumur 19 tahun. Oleh kerana ugutan tersebut, Rosli terpaksa akur dengan hukuman yg menantinya. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Peralatan untuk mengantungkan beliau di import khas. Ini merupakan hukuman gantung sampai mati yg pertama berlaku di Sarawak. (mmg kejam kerana menghukum insan yg masih dibwh umur!!!) Rosli Dhoby tidak pernah menyesal atas tindakannya kerana beliau tahu, ini merupakan pilihan yg tepat. Beliau sempat menghantar sepucuk surat untuk ibu bapanya. Dia memberitahu ibu bapanya supaya tidak meninggalkan solat keranan beliau tahu Allah bersama org yang benar.

     'Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.' (http://syeikhsarawak.blogspot.com/2009/12/rosli-dhobi.html)

       Keluarga beliau tidak dibenarkan masuk walaupun beliau telah dihukum gantung. Ramai orang yg tidak tahu dimana kubur beliau dan rakan2 seperjuangan beliau yang SEBENAR. Hanya tanda soal yg terus wujud. Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

     Sewaktu pengalian semula dijalankan, hanya ditemui tulang2 kecil. Tiada tengkorak. Tiada gigi. Tiada. Walaupun kdua2 benda ini merupakan tulang yg paling keras. Sejarahwan mengatakan tanah penjara tersebut berasid dan telah menghapuskan tengkorak dan gigi mereka. Lucas memberitahu bahawa tanah yang digali merupakan bukan kubur mereka tetapi tulang ayam yang ditinggalkan oleh banduan penjara tersebut. Tanah kubur yg betul masih belum digali, berdekatan dengan kawasan yg digali terdahulu.

     Ada yg mengatakan bahawa Rosli Dhoby tidak dihukum mati tetapi dibawa ke London. Ia masih menjadi misteri bagi banyak pihak terutamanya pada keluarga beliau.


     

No comments:

Post a Comment