Friday, June 20, 2014

Selepas 3 minggu di kml (Part 1)... 2014/2015



After 3 weeks studying in kml (Kolej Matrikulasi Labuan), I have learned a lot from here. Masa first week tue, mmg lpas pukul 11:30am trus balik ke dorm n terus tidur. Memang penat gila sebab belum biasa dengan jadual yang packed kan... Dengan tutorial lha, lab report untuk 3 sciences subjects mmg banyak n im not a genius atau pandai pun macam classmates yang lain yang kebanyakkan dapat straight A dalam SPM. Hampir semua soalan tutorial tue macam susah je nak jawab sbb x tahu method or answer dia, so slalu tnya kawan sampai kawan pun letih nak mengajar. Huhu.. otak sudah berkarat sebab cuti lepas SPM kan panjang n mainly di isi dengan bekerja or benda2 yang sia2. hihi..

Really memang stress lha belajar kat matriks sebab pembelajarannya memang sangat cepat berbanding zaman sekolah menengah. Kalo nak bawa cara belajar time SPM dulu, memang anda akan jauh ketinggalan dari kawan-kawan yang lain. Sudah 3 minggu, masih lagi belum dapat catch up apa2 subjek pun, so I feel really depressed and stress sampai mahu menangis setiap hari. It so tough at here kalau x pandai nak manage your time at here sebab jadual untuk pelajar yang ambil Sains PST Modul 1 memang sangat packed sampai saya nie yg jarang mengantuk masa sekolah dulu boleh merasa mengantuk yang amat sangat bila time kuliah especially kuliah Maths n Physics. Im not trying to scare sapa2 tapi this is the reality. You must have a strong mindset and mental when you studying at matriks. 

Nak download gambar, line slow macam siput.. alahai.. sorry guys no pictures. Sebenarnya belajar di matriks nie bukannya setahun tetapi sebenarnya 10 bulan sahaja. Bayangkan 10 MONTHS only and belajar at least 10 chapters for one subject, ia benar2 menguji tahap pemikiran kita. Dalam dua minggu, 1 chapter dah habis and I usually rsa stress sangat sebab x dapat catch up langsung tapi kawan2 yang lain dapat catch up smua and I feel really stupid and dumb in that class. huh!!! its really annoying.

so, I decided mahu meminta nasihat dri kaunselor tapi kaunselor sangat busy this week sebab banyak orang terima tawaran ke ipg and keluar dari matriks. Nak jumpa kaunselor pun macam nak jumpa VIP sebab bonda (nama panggilan kaunselor di matriks oleh classmate sya) ada kursus. I desperately ingin berjumpa dengan bonda because I cannot take it anymore. Tipu lha kalau kata saya x menangis dalam masa 3 minggu nie. Memang selalu menangis sebab I already depressed sesangat smpai setiap hari masa tidur gerenti bermimpi. Kalau saya bermimpi maksudnya saya nie dalam condition yang sangat stress and actually I really do not like dreams (mimpi) sbb mimpi sya smua nya x logik. Tidak pernah yang logik2 punya mimpi.

(Fatin Liyana, my idol)

Sebab nak sangat nak jadi doktor, tue lha nak sangat masuk matriks. I really adore u Fatin Liyana. I really want to be just like u. Tue lha ingin sangat nak ikut org lain sampai sendiri pun terkandas. huhu.. I really want to get 4 flat tpi motivation sekarang nie mmg sangat low and hmpir2 mahu depleted. Masya allah, sekarang nie mmg x tahu nak buat apa2 to fix all this things. Tidak semestinya anda pandai, anda akan dapat 4 flat sbb 4 flat is only for someone yang rajin n consistent. I believe that but everytime I feel stress, I will become lazy. Malas nak buat nie, malas nak buat tue, malas nak belajar lha. 

thats all for now. Thank you... hehe.. itu conclusion bagi muet.. kaw cool syak... :-)


Thursday, November 22, 2012

Statistik serangan ke atas Gaza hingga 19 November 2012.


source: http://www.facebook.com/BeritaDariPalestin?fref=ts


Genjatan Senjata dipersetujui antara Israel dan Palestin

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah... Antara syarat gencatan senjata ialah:

Alhamdulillah.

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah... Antara syarat gencatan senjata ialah: 

1: Israel akan menghentikan semua serangan udara,
 darat dan laut.

2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3-Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

3-Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

4-Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...!!!

source: http://www.facebook.com/Himpunan1001Cerita?fref=ts

Saturday, July 21, 2012

Ramadan, bulan yang penuh kerahmatan.

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, kita masih diberikan peluang untuk berpuasa pada bulan yang ramai umat Islam sedang nantikan. Bulan Ramadan...

Semoga kta dapat melakukan ibadat dengan ikhlas pada bulan yang suci ini. Sebagai manusia yang sentiasa membuat kesalahan, hendaklah memohon keampunan daripada Allah SWT. Selamat Berpuasa!!! :)

s
source: http://www.adilmohdblog.com/while-we-muslims-welcome-holy-month-of-ramadan-2012-let-us-check-have-our-pledges-to-transform-fallen-short/




source: http://www.columnpk.com/tag/when-is-ramadan-2012/

Basyar Al-Assad pemimpin yang kejam

ahlanwasahlan... assalamualaikum.. hari ini saya akan memaparkan mengenai pemimpin yg sedang memimpin kerajaan Syria. Saya membaca sebuah artikle yang di'post' oleh sahabat saya yang mulia ini kepada saya. Sayu tatkala membacanya. Ustaz saya pernah memberitahu saya bahawa Syria merupakn tmpt yang sangat cantik, aman n yang paling best ialah penduduknya yang peramah. Sangat2 peramah.

   Saya main 'copy n paste saje'...

Pemerintahan Basyar Al-Assad(pemimpin kejam).
Dia telah menyeksa rakyat nya yg beragama Islam.Apa yang dia buat? Let's read more!

~menangkap kanak-kanak dan menyeksa mereka dengan mencabut kuku tangan & kaki mereka.
~ Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
~ 39,000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
~ Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
~9,000 tahanan ditahan.
~413 orang telah syahid di dalam penjara.
~ Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
~ Seorang wanita bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong . Anggota badan yang dikerat empat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan kehadapan keluarga beliau.
~Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
~ Menyuruh tukar Laa Ilaha Illa Basyar Asad.

#beruntung lah kita tinggal di Malaysia dan mempunyai pemimpin yg beragama Islam.


*kita hendaklah bersyukur dan sentiasa melindungi negara kita, Malaysia dr ancaman musuh yg ingin meruntuhkan keamanan negara kita.


Saya berdoa agar Syria kembali aman seperti dahulu dan pemimpin yang kejam itu harus diambil tindakan dgn sewajarnya. Dia telah merosakkan Syria yang indah dahulu... 

Sekian, Wassalam.... 

Sunday, May 6, 2012

Welcome 2012... :-)

Thanks to whoever read my blog n i wanna to ask for apologise because i did not post anything since few months ago.... HAPPY ALWAYS :-)

Wednesday, December 14, 2011

Korea Selatan: Negara Termiskin Ke Negara Terkaya??

source: http://www.sembangkosong.com/2011/12/korea-selatan-negara-termiskin-ke.html


1950, KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara

Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.

Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah.

Dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.


Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.

Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.

Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.
Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

Pembangunan manusia-manusia unggul!

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.

Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia.